Halaman

Jumaat, 12 September 2014

PUNCA-PUNCA KECEMERLANGAN MURID

                                                                                     Dasawarsa ini, kecemerlangan murid dalam akademik adalah sangat penting kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara kita pada masa hadapan. Hal ini bertetapan dengan ungkapan "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara". Remaja yang cemerlang dalam akademik dapat menaikkan nama sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kecemerlangan adalah sesuatu perkara yang sangat diperlukan dalam kehidupan seserang murid. Persoalannya, apakah faktor-faktor kecemerlangan murid dalam akademik?   

   Antara faktor kecemerlangan murid ialah tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas. Seseorang pelajar yang memberi tumpuan semasa guru mengajar dapat mendengar apa yang diperkatakan dengan jelas. Murid juga dapat mengambil  info-info yang sangat berguna dan boleh menerapkan dalam kehidupan seharian. Tumpuan semasa guru mengajar sangat diperlukan kerana setiap yang diperkatakan merupakan ilmu yang berguna. Hasil kajian yang dijalankan mendapati 50 peratus kejayaan murid adalah memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.

   Selain itu, punca kecemerlangan murid ialah program keceemerlangan akademik di sekolah. Program akademik yang dijalankan banyak memberi manfaat kepada murid. Hal ini kerana kebanyakkan program yang dijalankan dapat memberi ilmu pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu mata pelajaran yang susah. Hal ini juga memberi pendedahan kepada murid untuk membuat nota sesuatu topik dengan lebih mudah dengan menggunakan beberapa cara seperti peta minda, carta alir dan sebagainya. Cara ini memudahkan murid untuk mengingat dengan lebih mudah. Program yang dijalankan juga memberi kepuasan kepada murid kerana mendapat pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.

   Di samping itu, sokongan daripada ibu bapa juga antara punca kecemerlangan murid. Seseorang anak amat memerlukan sokongan dan dorongan daripada ibu bapa untuk terus maju ke hadapan. Sokongan ibu bapa juga dapat menyuntik semangat anak-anak dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Ibu bapa mestilah memberi nasihat yang baik kepada anak-anak untuk menjadi seorang anak yang cemerlang. Ibu bapa juga hendaklah memberi tunjuk ajar kepada anak-anak dalam mata pelajaran yang sukar difahami oleh anak-anak.

  Akhir sekali, mengadakan perbincangan dalam kumpulan juga salah satu faktor kecemerlangan murid. perbincangan dalam kumpulan merupakan salah satu cara untuk belajar. Hal ini kerana murid-murid dapat bertukar idea atau pandangan yang bernas bagi sesuatu topik yang sedang dibincangkan. Dengan cara ini juga, murid-murid dapat mengajar rakan-rakan yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Hal ini boleh membantu seseorang yang tidak faham kepada faham akan topik yang susah untuk difahami dengan menggunakan kaedah yang betul. Perbincangan dalam kumpulan juga digalakkan dilakukan pada waktu lapang atau sebagainya.

   Kesimpulannya, semua murid inginkan kejayaan dalam hidup. Maka wajarlah mereka berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka memperoleh kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan. Bukan mudah untuk berjaya dan bukannya susah untuk susah. Usaha seseorang itu bergantung kepada kecemerlangan akademik yang mereka pelajari. Murid-murid juga mestilah memberi reaksi yang positif dalam bidang akademik. Diharapkan agar kecemerlangan murid berterusan dengan cara memberi tumpuan semasa guru mengajar, menghadiri program akademik, mendapat sokongan daripada ibu bapa dan mengadakan kumpulan perbincangan supaya murid-murid ini dapat dilahirkan untuk menjadi tonggak kepimpinan pada masa akan datang.

3 ulasan: